SELAMAT DATANG KE ISMAIL SALES & SERVICES

Penyata Kewangan - Kegunaan Penyata Pendapatan

PENYATA PENDAPATAN

Selain dari Kunci Kira-kira, maklumat berkaitan dengan prestasi perniagaan juga boleh dianalisa dengan menggunakan Penyata Pendapatan. Penyata Pendapatan (Income Statement) atau Penyata Untung dan Rugi (Profit & Loss Statement (P & L) statement) menunjukkan ringkasan pendapatan dan perbelanjaan pada masa tertentu. Ia dapat menunjukkan apa yang berlaku di dalam butiran kunci kira-kira. Aset selepas digunakan, ia menjadi perbelanjaan kepada perniagaan. Bagaimana ianya boleh berlaku? Ia boleh berlaku melalui perbelanjaan yang dipanggil susut nilai (depreciation). Ianya juga menunjukkan nilai dalam bentuk RM produk dan perkhidmatan yang dijual, sama ada dalam bentuk tunai atau kredit.

Di antara butiran yang perlu ada di dalam Penyata Pendapatan ialah:
a. Hasil
b. Keputusan aktiviti kendalian
c. Kos kewangan
d. Pembahagian keuntungan dan kerugian daripada syarikat sekutu dan usahasama
e. Belanja cukai
f. Untung atau rugi daripada aktiviti biasa
g. Kepentingan minoriti
h. Untung atau rugi bersih bagi sesuatu tempoh

Pendapatan
Pendapatan boleh diterima dalam dua bentuk, iaitu tunai dan bukan tunai. Pendapatan tunai ialah bayaran yang diterima dari jualan ladang dan pendapatan lain. Pendapatan bukan tunai pula diterima dalam bentuk barangan dan perkhidmatan. Bayaran yang diterima dalam bentuk hasil padi, umpamanya ialah pendapatan bukan tunai. Satu lagi ialah hasil ladang yang digunakan sendiri oleh keluarga petani, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang digunakan sendiri.

Perbelanjaan
Perbelanjaan juga boleh diterima dalam dua bentuk, iaitu tunai dan bukan tunai. Perbelanjaan tunai meliputi pembelian baja, racun, baka ternakan, makanan ternakan dan biji benih. Perbelanjaan bukan tunai pula ialah perbelanjaan seperti susut-nilai jentera, peralatan dan bangunan. Walaupun tiada pembayaran tunai dibuat untuk susut-nilai tahunan, tetapi pengurangan nilai ini menunjukkan satu perbelanjaan perniagaan dan mesti dimasukkan ke dalam penyata pendapatan

LAIN-LAIN KETERANGAN :

penyata pendapatan merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam penyata pendapatan. penyata pendapatan berperanan sebagai pengukur pretasi sesuatu perniagaan yang dijalankan dan menjelaskan tentang segala yang berlaku dalam kunci kira-kira. Dari segi pendapatan, secara relatifnya, pendapatan boleh diterima dalam bentuk tunai dan bukan tunai. Dalam perniagaantani, pendapatan tunai diterima dalam bentuk jualan hasil ladang dan lain-lain. Manakala. dari segi pendapatan bukan tunai, pendapatan diterima dalam bentuk barangan atau perkhidmatan seperti hasil tangkapan ikan.

dari segi perbelanjaan, ia juga boleh diterima dalam bentuk tunai dan bukan tunai.maksudnya, dalam bentuk tunai adalah seperti pembelian baja, racun, dan lain-lain. dari segi bukan tunai pula adalah seperti susut nilai jentera dan lain-lain. perkara yang terpenting adalah segala perbelanjaan sama ada tunai atau bukan tunai perlu dimasukkan ke dalam penyata pendapatan. selain itu, peratus keuntungan bagi satu tempoh kewangan yang diperoleh syarikat boleh dihitung melalui analisis nisbah-nisbah keberuntungan seperti nisbah keuntungan kasar berbanding dengan jualan, nisbah keuntungan bersih berbanding dengan jualan, nisbah keuntungan berbanding dengan jumlah aset, dan nisbah pulangan pelaburan.

bagi nisbah-nisbah kecairan, ia mengukur keupayaan sesebuah entiti perniagaan untuk membayar hutang jangka pendeknya tepat pada waktunya. bagi nisbah-nisbah kecekapan, ia mengukur kecekapan entiti perniagaan menggunakan sumbernya untuk menghasilkan jualan

LINK BERKAITAN KEPENTINGAN PENYATA KEWANGAN :

http://3.bp.blogspot.com/_hNI-XshTDS0/StXcczM8BaI/AAAAAAAAAAk/4ezAkfmRHC8/s1600-h/Kepentingan.jpg